Sunday, August 16, 2020

Kembali bersemuka

 Setelah kian lama bertapa... kini daku kembali...

Monday, August 29, 2016

Hai semua...
Setelah teman berehat selama 7 tahun...
Kini teman kembali...


Wednesday, October 21, 2009

berehat sekitika

Salam tuk semua.
Hamba berehat seketika dari halaman ini.
Hamba terpaksa pergi menuntutu ilmu di Gunung Ledang.
Mungkin kan bertemu dalam masa dua purnama lagi.

BYE BYE BYEEEEEEEEE

Friday, September 11, 2009

Doktor kecil punya penangan

DOKTOR NUREEN SHAFA IRDINA
Salam sejahtera untuk semua.

Hari ini hamba MC...

Entah TETIBA saja ia terjadi

Tanpa diundang tanpa dicari

NAMUN
ia muncul tanpa dijanji

Mulanya hanya segaris tanda merah

Kaki hamba kian PARAH

Mencari ubat serata daerah

Namun...tiada yang kebah

Hamba gagahi langkah nan hiba

Air mata sedikit ditimba

DOKTOR KECIL
mula meraba

Ditekan sakit hamba ternganga-nganga

DOKTOR KECIL
punya penangan

Ada mengalir bakat Mak Bidan

Kini hamba mampu berjalan

Bengkak dah hilang, merah pun padam

Kisah ini kisah hamba

Bukan saja hamba nak reka

Budak kecik jangan dipandang rendah
Tengok hamba....
Kaki sakit dan pun kebah.

Pegi klinik minta ubat

Yang diberi hanyalah surat

Kalau hamba tahu DOKTOR KECIL lagi hebat

Tak payah perabih duit tak sihat-sihat

Kesimpulannya....Wahai semua.
Tanpa hamba duga, DOKTOR KECIL berusia 7 tahun usianya mampu mengubati kaki hamba yang bengkak hanya disapu minyak dan diurut perlahan-lahan. 3X diurutnya, hamba mampu berjalan tanpa terjongket-jongket.

Thursday, September 10, 2009

Kempiskan perut, sebelum anda kempiskan poket

Hari ini hamba nak bagi satu senaman ringkas yang bertajuk sebelum KEMPISLAH PERUTKUAKU KEMPISKAN POKETKU.

Bahan-bahannya.
Sebatang batang penyapu atau mop (batang sahaja) lebih kurag satu depa.
Sepasang pakaian yang sesuai. (baju kurung pun boleh)
Sebuah bangku yang tak ade penyandar

Method.
1. Pakailah pakaian yang selesa.
2. Duduk di atas bangku. Tegakkan badan.
3 Ambil batang penyapu. Pegang dikedua-dua hujung batang tersebut. Letakkan batang
penyapu yang dipegang di belakang bahu.
4. Tarik nafas perlaha-lahan. Mulakan pusing ke kanan dan ke kiri, ke kanan dan ke kiri
berulang-ulang sehingga 300X. Pastikan kepala anda tetap memandang hadapan, hanya
badan sahaja di TWISkan.

>>> Sebagai perlulaan eloklah anda mulakan dengan 1ooX dan maju hingga 300X. Elok dilakukan 2X sehari. Insya Allah PERUT anda kembali KEMPIS dan POKET anda tetap KEMBONG.

SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, September 9, 2009

Habiskan saki-baki yang lepas.

Selalunya hambalah orang paling sibuk (kononnya) dalam menghadapi waktu-waktu nak berbuka. Tapi hari ni, Hamba bolehlah sikit menghela nafas yang panjang hingga TIGA jam lamanya dibuai MIMPI.....

Hamba beli je....

Kang kalau tak beli sapa lak nak ngabihkan lauk-pauk dan kuih-muih yang dijual. Membeli makanan di luar pun boleh di kategorikan SEDEKAH jugakla. Tapi dalam TERPAKSA

Selalunya juadah WAJIB yang tak boleh tinggal......bubur nasilah. Walaupun Hamba sebenarnya tak pernah makan pun, tapi demi tidak mengecewakan orang tersayang...jadi buat jugalah.

Hamba selalu pekena kuih jer...malkumlah JAGA BADAN.

Manu hari ini banyak gak Hamba pegi shopping kat KANTIN SEKOLAH je....

KESIMPULANNYA...............

GAJI kelar BESOK. Maka marilah kita sama-sama menghabiskan saki-baki DUIT GAJI yang bulan lepas.........

(Harap mahap. Gambar tidak dapat disertakan kerana tiada kelulusan dari FINAS)

Monday, September 7, 2009

Tutorial Kedua

Bersama berbekalkan AZAM hamba ingin jadikan RAMADHAN tahun ini RAMADHAN yang dapat menyejukkan hati hamba melayani karenah yang ada disekeliling.

Namun begitu, RAMADHAN tahun ini tidaklah sama seperti RAMADAHAN tahun-tahun yang lepas.

Tahun ini RAMADHANnya amat sejuk (hujan hari-hari da......), tapi ia juga gagal menyejukkan hati hamba.

Mana taknya.....

BAJU RAYA HAMBA TAK BELI LAGIIIIII.....................!
Nak bayar kete...
Nak bayar bil.....
Nak bayar.....kridit kad......

YANG PALING.....????


BAYAR POSE tak HABIS........!