Thursday, September 10, 2009

Kempiskan perut, sebelum anda kempiskan poket

Hari ini hamba nak bagi satu senaman ringkas yang bertajuk sebelum KEMPISLAH PERUTKUAKU KEMPISKAN POKETKU.

Bahan-bahannya.
Sebatang batang penyapu atau mop (batang sahaja) lebih kurag satu depa.
Sepasang pakaian yang sesuai. (baju kurung pun boleh)
Sebuah bangku yang tak ade penyandar

Method.
1. Pakailah pakaian yang selesa.
2. Duduk di atas bangku. Tegakkan badan.
3 Ambil batang penyapu. Pegang dikedua-dua hujung batang tersebut. Letakkan batang
penyapu yang dipegang di belakang bahu.
4. Tarik nafas perlaha-lahan. Mulakan pusing ke kanan dan ke kiri, ke kanan dan ke kiri
berulang-ulang sehingga 300X. Pastikan kepala anda tetap memandang hadapan, hanya
badan sahaja di TWISkan.

>>> Sebagai perlulaan eloklah anda mulakan dengan 1ooX dan maju hingga 300X. Elok dilakukan 2X sehari. Insya Allah PERUT anda kembali KEMPIS dan POKET anda tetap KEMBONG.

SELAMAT MENCUBA.

1 comment:

  1. yer..
    elok kempiskan perot..
    huhuhhu..tengok macam saya..
    tetap ramping dan lansing..serta bergaya!!!

    ReplyDelete